Tuesday, May 11, 2010

HARI INI....


Hari ini... hari baru buat kita ... bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kita untuk berjumpa lagi dengan hari ini.... Berapa ramai insan yang telah pergi meninggalkan kita ,dan tidak bertemu dengan hari ini....

Hari ini.... Apakah yang akan kita corakkan ia... Adakah kita akan mencorakkan ia dengan corak berwarna indah , atau kita akan corakkan ia dengan warna-warna kesedihan.....

Hari semalam telah berlalu ... Sekaya manapun manusia , dia tidak dapat membeli hari semalam..... Hari semalam.... Kita tidak dapat lagi membetulkan ia ..Cuma apa yang kita dapat ,hanyalah kenangan ... dan sesuatu yang dapat kita refleksi dan koreksi diri kita .. untuk kita menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam...

Ya Allah , jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam kami.....

Hari ini... Marilah kita memperbaiki diri kita .. Hari ini .. marilah kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia.... Kerana kita tidak pasti masih adakah hari esok buat kita....

Hari ini... Walaupun didepannya kita merasakan terlalu banyak kesukaran dan duri yang merintangi jalan ... Namun marilah kita kuatkan hati dan jiwa kita, dalam doa yang tidak putus-putus meminta bantuan dan kekuatan diri dari Allah ...mari kita melangkah dengan penuh azam dan cita-cita... menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam....

Hari ini... Andai kita tidak pernah mengucapkan sayang pada insan yang kita sayangi,pada ibu dan bapa kita , pada suami , pada isteri , pada anak-anak , maka ucapkanlah dihari ini... kerana takut nanti kita tidak sempat mengucapkannya lagi.... Bersambung bicara....

Saturday, December 19, 2009

MUHARRAM 1431H


Alhamdulillah , segala puji hanya untuk Allah yang masih memberikan kita nafas untuk meneruskan perjuangan dibumiNya ini... Sedar tak sedar , kita telah melangkah ke tahun baru 1431h .. tahun 1430 H telah kita tinggalkan ... Walau apa jua yang telah berlaku pada tahun sebelum ini... ianya telah pun berlaku... Lembaran baru 1431 H ini kita akan cuba pastikan yang terbaik sahaja ...
Justeru marilah kita bersama-sama berhijrah... Hijrah dari segi iman kita , ilmu , akhlak , hati dan sebagainya ... Andai sebelum ini kita tidak begitu menjaga solat kita ... Sekarang... saat ini .. marilah kita menjaga solat kita... dari segi rukunnya, khusyuknya ... Andai sebelum ini , kita mempunyai akhlak yang kurang baik .. marilah kita berhijrah kepada akhlak yang mulia , sifat mahmudah ( terpuji ) yang disukai Allah , dan disukai oleh makhluk Allah . Andai sebelum ini , kita cuai dari segi tanggungjawab kita kepada diri sendiri , kepada ibu ayah, kepada suami , isteri , kepada anak dan lain-lain , maka marilah sekarang .. kita baiki diri kita agar menjadi insan yang bertanggungjawab dan menyayangi hamba-hamba Allah yang lain ...
Andai sebelum ini kita tidak pernah pun , atau kadang-kadang , bertahajud ditengah malam sunyi ... marilah mulai saat ini ... kita lebih akrab dengan Allah ... bangun di keheningan malam yang sunyi.. lantas berwudhu dikesejukan malam.... dan terus menghadap Ilahi.. memohon keimanan , ketaqwaan dan kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini...
Andai sebelum ini....Al Quran hanya dibaca pada bulan Ramadan, marilah mulai saat ini kita melazimkan dan istiqamah membaca alQuran walaupun hanya sepotong ayat di setiap habis solat 5 waktu..
Dan dari manakah kekuatan itu akan kita perolehi , untuk melaksanakan semua kebaikan itu dan meninggalkan segala kejahatan.. Kekuatan itu hanya dari Allah ..Tuhan kita yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .... Justeru marilah kita berdoa sentiasa padaNya ..untuk membantu dan memimpin kita untuk membuat segala kebaikan ini..

Sunday, November 22, 2009

CATATAN NOVEMBER


Alhamdulillah , segala pujian bagi Allah yang Maha Besar , Maha Agung dan Maha Penyayang .
Dengan izinNya , saya dapat menulis lagi ... digelanggang bicara bisu yang amat bermakna.. pada diri dan pada insan-insan yang ingin berkongsi ilmu , berkongsi pengalaman dan berkongsi pengamalan ....
Tanpa sedar , detik-detik masa sungguh pantas berlalu ... terasa telah terlalu lama tidak menulis .. diruang anugerahNya ini.... untuk tatapan dan perkongsian bersama .... Walaupun dalam kesibukan tugas dan kehidupan ini... hati terasa terpanggil-panggil untuk berbicara...dan dengan izinNya di petang yang syahdu ini .... perkongsian rasa ini dapat disambung semula .
Pada anak-anak yang mengambil peperiksaan di bulan November ini , semoga dapat menjawab soalan peperiksaan SPM dan STPM dengan tenang ... Yakinlah ... anda boleh melakukan yang terbaik... dengan izin Allah.. Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh , berdoa dan bertawakkal kepada Allah ... mendapat restu daripada ayah bonda tercinta , daripada guru-guru yang tidak jemu mencurah jasa bakti dan doanya .. ayuh ... Teruslah melangkah anak-anakku ... Usah gentar menghadapi ujian peperiksaan ini....
November tahun ini juga ... bulan dimana kita akan bersama keluarga dan sanak saudara dan rakan taulan , menyambut Hari Raya Korban ... Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim , Nabi Ismail dan Siti Hajar ... terimbau diruang ingatan.... sejauh mana kita dapat melakukan pengorbanan dalam hidup ini.... Tiada kejayaan tanpa pengorbanan .... Tiada yang dikatakan perjuangan itu tanpa pengorbanan .... Semakin banyak kita berkorban... berkorban harta benda , wang ringgit , masa , keringat dan tidak kurang air mata.... semakin kita sebenarnya menuju kearah satu kejayaan yang amat bermakna...Ya Allah , izinkanlah kami menjadi hambaMu yang dapat berkorban apa sahaja demi untuk memastikan agamaMu tinggi dibumi ini.
November tahun ini juga.... detik terakhir berada ditempat yang amat bermakna ini.... dan seterusnya berhijrah kesuatu destinasi baru .. yang hanya dalam pengetahuan Allah jua segala-galanya ... Cuma doa dihujung bicara ini.. biarlah dimana juapun kita berada , semoga kita dapat menjadi seperti benih yang amat subur ... yang jatuh kemana juapun ... akan tumbuh menjadi pohon rendang dan berbuah lebat ... Ya Allah ... Bantulah hamba-hambaMu ini...kerana tanpa bantuan dan pimpinanMu ... tiada apa jua yang dapat dilakukan....
Spektrum rasa berhenti sebentar.. berjumpa lagi diperkongsian rasa yang akan datang...
Salam ukhwah dan kasih sayang ...

Wednesday, October 28, 2009

BICARA DI HUJUNG OKTOBER

Begitu cepat masa berlalu , tidak terasa yang bulan Oktober hanya tinggal 2 hari lagi , dan bulan November bakal menjelma .
Bulan ini dan bulan November merupakan bulan yang amat mencabar terutama pada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas . Tidak lama lagi peperiksaan SPM dan STPM akan bermula….
Pelajar-pelajar tingkatan 5 sekarang amat sibuk mengulangkaji disaat –saat terakhir …. Dalam masa yang sama sibuk berjumpa guru-guru ko kurikulum untuk mendapat markah dan tandatangan …….
Untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan :-

“ Teruskan perjuangan kalian , walaupun hingga di saat-saat akhir …
Andai sebelum ini kalian gagal dalam subjek yang diambil ….. Yakinkan pada diri bahawa kali ini… dalam peperiksaan ini… Kejayaan akan kalian kecapi… syaratnya bertawakkal kepada Allah … berusaha dan berdoa…
Teringat dengan satu artikel yang dibaca …. Manusia bukanlah seperti ukiran indah di sebuah batu…. Yang tidak boleh berubah…. Tetapi kita boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik… dari masa ke semasa.
Anak-anak harapan bangsa ….Jadikan kegagalan yang mungkin kalian pernah alami , sebagai guru untuk mendidik kalian untuk meneruskan usaha untuk kalian berjaya….. Sentiasa bertanya di dalam diri … Andai orang lain boleh berjaya , kenapa tidak kita……. Setiap manusia , mempunyai struktur otak yang sama yang dianugerahkan Allah ….Cerebellum , cerebrum dan medulla oblongata…. Potensikan cerebrum yang mengawal tindakan terkawal ke tahap maksimum….
Anak-anak harapan ibu ayah… Sedarlah …. Tidak jemu ibu dan ayah mendoakan kalian setiap detik dalam kehidupan ini… Tidak kurang jua air mata yang bertitisan mengalir dalam doa ketika tahajud yang indah …untuk siapa…jika bukan untuk anak-anak tercinta… Tergamakkah untuk kalian melukakan hati ibu dan ayah…..
Anak-anak harapan guru-guru…
Walaupun mungkin kalian tidak pernah merasa eratnya ikatan hati antara guru dan pelajar…. Doa guru-guru tidak putus-putus untuk kalian … Kekadang kalian terasa hati dengan teguran seorang guru , tetapi tahukah kalian dalam teguran dan marah itu ada sayang yang amat dalam..
Untuk kalian berubah menjadi pewaris pada masa akan datang….Kebanggaan ayah bonda…”

Perkongsian bicara dan rasa ini berhenti sebentar….Berjumpa lagi di spekrum rasa yang akan datang …. Salam ukhwah dan kasih sayang….

Saturday, October 10, 2009

SYAWAL 1430H

Syawal 1430 H .... Tidak lama lagi akan berlalu meninggalkan kita ... Adakah kita telah mengisinya dengan sebaik-baiknya. Didikan di dalam bulan Ramadan ... semoga ianya akan sentiasa menjadi satu pendorong untuk kita ... Untuk sentiasa membaiki diri .... Menjadi insan yang lebih baik ... Kebaikan itu adalah anugerah dari Allah untuk kita sentiasa syukuri ... Kita tidak punya apa-apa kekuatan untuk melakukan sesuatu perkara melainkan dengan izin Allah.
Semoga kita akan menjadi insan yang hari ini lebih baik dari hari semalam kita ... dan hari esok lebih baik dari hari ini .....

Friday, October 9, 2009

Assalamualaikum ,



Selamat datang ke blog saya Spektrum Rasa . Di dalam blog ini , saya ingin berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan kehidupan .