Saturday, December 19, 2009

MUHARRAM 1431H


Alhamdulillah , segala puji hanya untuk Allah yang masih memberikan kita nafas untuk meneruskan perjuangan dibumiNya ini... Sedar tak sedar , kita telah melangkah ke tahun baru 1431h .. tahun 1430 H telah kita tinggalkan ... Walau apa jua yang telah berlaku pada tahun sebelum ini... ianya telah pun berlaku... Lembaran baru 1431 H ini kita akan cuba pastikan yang terbaik sahaja ...
Justeru marilah kita bersama-sama berhijrah... Hijrah dari segi iman kita , ilmu , akhlak , hati dan sebagainya ... Andai sebelum ini kita tidak begitu menjaga solat kita ... Sekarang... saat ini .. marilah kita menjaga solat kita... dari segi rukunnya, khusyuknya ... Andai sebelum ini , kita mempunyai akhlak yang kurang baik .. marilah kita berhijrah kepada akhlak yang mulia , sifat mahmudah ( terpuji ) yang disukai Allah , dan disukai oleh makhluk Allah . Andai sebelum ini , kita cuai dari segi tanggungjawab kita kepada diri sendiri , kepada ibu ayah, kepada suami , isteri , kepada anak dan lain-lain , maka marilah sekarang .. kita baiki diri kita agar menjadi insan yang bertanggungjawab dan menyayangi hamba-hamba Allah yang lain ...
Andai sebelum ini kita tidak pernah pun , atau kadang-kadang , bertahajud ditengah malam sunyi ... marilah mulai saat ini ... kita lebih akrab dengan Allah ... bangun di keheningan malam yang sunyi.. lantas berwudhu dikesejukan malam.... dan terus menghadap Ilahi.. memohon keimanan , ketaqwaan dan kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini...
Andai sebelum ini....Al Quran hanya dibaca pada bulan Ramadan, marilah mulai saat ini kita melazimkan dan istiqamah membaca alQuran walaupun hanya sepotong ayat di setiap habis solat 5 waktu..
Dan dari manakah kekuatan itu akan kita perolehi , untuk melaksanakan semua kebaikan itu dan meninggalkan segala kejahatan.. Kekuatan itu hanya dari Allah ..Tuhan kita yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .... Justeru marilah kita berdoa sentiasa padaNya ..untuk membantu dan memimpin kita untuk membuat segala kebaikan ini..

1 comment:

  1. salam cikgu...
    cikgu dah pndah ke rumah baru ke??
    selamat bersekolah kembali.aizat

    ReplyDelete