Sunday, November 22, 2009

CATATAN NOVEMBER


Alhamdulillah , segala pujian bagi Allah yang Maha Besar , Maha Agung dan Maha Penyayang .
Dengan izinNya , saya dapat menulis lagi ... digelanggang bicara bisu yang amat bermakna.. pada diri dan pada insan-insan yang ingin berkongsi ilmu , berkongsi pengalaman dan berkongsi pengamalan ....
Tanpa sedar , detik-detik masa sungguh pantas berlalu ... terasa telah terlalu lama tidak menulis .. diruang anugerahNya ini.... untuk tatapan dan perkongsian bersama .... Walaupun dalam kesibukan tugas dan kehidupan ini... hati terasa terpanggil-panggil untuk berbicara...dan dengan izinNya di petang yang syahdu ini .... perkongsian rasa ini dapat disambung semula .
Pada anak-anak yang mengambil peperiksaan di bulan November ini , semoga dapat menjawab soalan peperiksaan SPM dan STPM dengan tenang ... Yakinlah ... anda boleh melakukan yang terbaik... dengan izin Allah.. Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh , berdoa dan bertawakkal kepada Allah ... mendapat restu daripada ayah bonda tercinta , daripada guru-guru yang tidak jemu mencurah jasa bakti dan doanya .. ayuh ... Teruslah melangkah anak-anakku ... Usah gentar menghadapi ujian peperiksaan ini....
November tahun ini juga ... bulan dimana kita akan bersama keluarga dan sanak saudara dan rakan taulan , menyambut Hari Raya Korban ... Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim , Nabi Ismail dan Siti Hajar ... terimbau diruang ingatan.... sejauh mana kita dapat melakukan pengorbanan dalam hidup ini.... Tiada kejayaan tanpa pengorbanan .... Tiada yang dikatakan perjuangan itu tanpa pengorbanan .... Semakin banyak kita berkorban... berkorban harta benda , wang ringgit , masa , keringat dan tidak kurang air mata.... semakin kita sebenarnya menuju kearah satu kejayaan yang amat bermakna...Ya Allah , izinkanlah kami menjadi hambaMu yang dapat berkorban apa sahaja demi untuk memastikan agamaMu tinggi dibumi ini.
November tahun ini juga.... detik terakhir berada ditempat yang amat bermakna ini.... dan seterusnya berhijrah kesuatu destinasi baru .. yang hanya dalam pengetahuan Allah jua segala-galanya ... Cuma doa dihujung bicara ini.. biarlah dimana juapun kita berada , semoga kita dapat menjadi seperti benih yang amat subur ... yang jatuh kemana juapun ... akan tumbuh menjadi pohon rendang dan berbuah lebat ... Ya Allah ... Bantulah hamba-hambaMu ini...kerana tanpa bantuan dan pimpinanMu ... tiada apa jua yang dapat dilakukan....
Spektrum rasa berhenti sebentar.. berjumpa lagi diperkongsian rasa yang akan datang...
Salam ukhwah dan kasih sayang ...

No comments:

Post a Comment